Sunday, August 23, 2009

Kunjungan Muhibbah YB Sepanggar ke SK. Kebagu

eh eh eh...sapa nie.. lawaa nya muka...jgn la letak gambo cam gini dalam blog nie.. bikin malu campany ja nie...

wakil dari rombongan Yb...

gambar kenang kenangan bersama YB jenab dan guru2 sk kebagu

uit...kak salmah...eh eh k. ros...rapat nampak?... mnta projek ke? he he he..

ucapan dari pkkokom...k. norainai mewakili pihak sekolah...sb dia yang minta itu mesin potostat tu sama Yb...tempoh hari..hu hu hu hu..


gambar saudara pkr sedang membuka kotak mesin potostat yang akan di serahkan kepada PK1 wakil Sk. Kebagu


Gambar rasmi penyerahan mesin potostat 3 in 1 yang di sempurnakan oleh YB Jenab ..adun Sepanggar.

gambar di atas ni ketika YB sedang menjamu selera sambil ber tukar2 pandangan ber sama jkkkk dan PKR sepanggar.



Salam...sejahtera...di sini saya uploadkan video dan gambar yang di ambil ketika YB. Jainab hadir ke sekolah untuk menyerahkan satu mesin potostat yang beliau sendiri sumbangkan.... beliau hadir ke sekolah pada 17/08/2009... pada hari isnin yang lalu...beliau bersama rombongan seramai..4 orang. Lebih kurang jam 1.30pm beliau sampai di sekolah..

Pada hari itu pihak sekolah jgak menjemput beberapa orang tokoh Kg tersebut.... Majlis di pengerusikan oleh saudara mohidin ketua kelab staf sk.Kebagu.

Dalam ucapan Yb itu, beliau ada menyentuh tentang suasana persekitaran kg kebagu ini... beliau menyarankan agar Kg kebagu ini sentiasa di bersihkan....sebab kg ini amat cantik dan ia berada di tepi pantai....pemandangannya sagat indah..beliau jgak menyarankan agar saliran sungai yang berdekatan sekolah ini jgak di bersihkan... beliau berkata..pihak sekolah dan jkkkk kg boleh bergabung membuat kertas kerja dan mohon kepada jabatan air dan saliran untuk membersihkan kawasan persekitaran sungai tersebut..

Sungai ini terbiar oleh kerana tidak ada dikalangan pendudukan kg ini yang sudi menjaganya dgn baik..." jika ia di jadikan tempat perlancongan...saya rasa kg ini akan menjadi kg yang maju dan terkenal...." kata YB jenab... "contoh nya..sungai ini boleh di jadikan tempat memancing ikan... setiap warga yang rumahnya berada di tepi sungai itu..mereka bertanggungjawab membuat tempat atau pondok untuk orang ramai memancing... mereka jgak boleh mengenakan bayaran kepada pengunjung yang datang untuk memancing di kawasan itu...boleh di cadangkan setiap orang di kenakan bayaran sebanyak RM5 atau sebagai nya" katanya lagi...

Beliau juga menegaskan bahawa....pada masa hadapan...tidak mustahil kg. Kebagu akan terkenal di seantero dunia...bahawa kg ini mempunyai tempat memancing dan kawasan yang menarik untuk di lawati...kg. kebagu ini akan di masuk kan ke dalam peta dunia untuk di jadikan kawasan pelancongan yang terkenal..(hehehehe). Bermula dari sekarang..ayoh lah wahai penduduk2 kg.. Kebagu..berubahlah kita dan mari lah sama2 kita memajukan kg ini....supaya seluruh dunia tahu khasnya rakyat negeri Sabah semua tahu dan ingin berkunjung ke kg. Kebagu ini...kesedaran harus lah di beri kepada setiap warga kg ini dari masa ke semasa...supaya semua warga kg ini akan sentiasa menjaga kebersihan dan suasana harmoni di kg ini....
(ini antara cabaran dan saranan dari YB jenab dalam ucapannya pada hari itu...)
Majlis bersurai setelah semua tetamu termasuk lah guru2 dan ktbm selesai menjamu selera.... juadah yang di saji kan seperti....mee goreng ayam dan kuih bengkang kuning. minum meneral dan air nescafi susu jgak disediakan pada petang itu..

Setelah majlis bersurai... semua guru2 yang tinggal di luar kawasan kg. kebagu ini bergegas pulang ke rumah masing2...
wallahua'lam...

salam dini aka shidi....

No comments: