Friday, August 21, 2009

surau baru....

Syukur Allhamdulillaah,, kerna niat saya untuk mewujudkan sebuah surau di sekolah kebagu ini tercapai...dengan persetujuan dari GB, Puan Hamidah... saya telah membuka kembali sebuah rumah guru yang lama di tinggalkan. Pada asalnya ...tahun 2008,,rumah ini memang telah di gunakan sebagai kelas pemulihan JQAF.
Ia dikendalikan oleh ustazah Nohayati Idris...saya tidak pasti berapa lama kelas itu beroperasi... oleh kerana pada tahun ini 2009, kelas tersebut tidak lagi di gunakan...dan terbiar, so saya ambil inisiatif sendiri ... mahu wujudkan surau yang memang belum ada... so saya pun berpakat lah dengan beberapa ktbm yang lelaki...pakcik marius aka harun..husin..lim dan mukmin untuk menolong saya baik pulih rumah itu seadanya yang mampu... berkat usaha mereka...maka wujud lah surau sk. kebagu ...walaupun secara rasminya belum lagi...tp saya mulakan surau ini dengan solat hajat bagi tahun 6.
Setiap minggu pada hari jumaat...waktu agama islam... murid2 tahun 6 akan datang ke surau ini untuk tunaikan solat sunat hajat... tujuan utama solat hajat ini adalah untuk meminta pertolongan kepada Allah supaya murid2 ini akan berjaya di dalam ujian peperiksaan sekolah rendah. solat ini juga cetusan dari GB sendiri...beliau mencadangkan supaya diadakan setiap hari jumaat waktu AI.... aku setuju dgn cadangan tu...dan terus aku laksanakan. Pada mulanya...solat hajat ini di laksanakan di masjid kg. kebagu...sebelum wujudnya surau ini..
Alhamdulillah...sekarang bukan saja lagi sunat hajat dapat di laksanakan di surau ini, malah P&p AI pun saya laksanakan jgak di di surau ini...cuma untuk yg dua waktu sahaja...(1jam), dan di sini juga saya mahu jadikan sebagai bilik panitia pendidikan islam...itu pun klu GB setuju lah...di dalam perancangan saya...saya akan cadangkan kepada GB nti supaya surau ini akan dirasmikan dengan satu majlis yang akan diadakan..cuma masa tu tidak pasti lah..bergantung kepada sejauh mana siapnya surau ini sepenuhnya... sb seorang ktbm di sini sudah berpindah ke ibupejabat....jd kami sekarang ini kehilangan beliau. amat2 dirasai...isk isk isk isk...

ini suasana di dalam surau ini,,,(ruang solat dan P&P)

kemudahan yang di sediakan di surau ini amat sedikit dan perlu di tambah... cuma ini sahaj yang ada buat masa sekarang ini...insyaallah sama2 kita fikirkan untuk mencari sumber bagi memenuhi prasarana yang sepatutnya ada dalam sesebuah surau...ini..

ini meja aku lah.....bos...keh keh keh...nda lah..sapa2 pun boleh duduk di kerusi ini...x empok pun plastik jeeee....tp bila duduk mak ai...sedap..mcm x nak bangun..keh keh keh...

pintu depan nie pun masih lagi kekal yang lama..masih boleh di gunapakai lah ..


bah...nah...inilah jambatan yang akan dilalui oleh sesiapa yang hendak pergi ke surau tu..banjir (org kedah kate bah) waktu nie...klu hujan turun dgn lebatnya ..culuplah 2jam saja..pasti air nie akan naik melimpah2 ....nasib lah ada jambatan yang di bina nie.

No comments: