Friday, September 18, 2009

Teraweh Terakhir 1430H/2009

Sebulan - 29 hari tepat kita berpuasa bagi tahun ini 1430H/2009. Masa berlalu begitu pantas tidak terasa, terutama bagi orang2 yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Ta'ala. Romadhon akan pergi meninggalkan kita, entah sempat atau tidak pada kali yang akan datang akan bertemu dengan nya lagi. Allahu a'lam....
Namun romadhon ini, bagi orang yang beriman akan sentiasa bersyukur dan terus beribadah walaupun di bulan2 yang lain kerana ibadah ini bagi mereka tidak ada akhirnya.... selagi nyawa dikandung badan. Romadhon akan sentiasa di dalam ingatan, akan sentiasa dinantikan. kita sebagai ummat Islam yang beriman kepada Allah sentiasa di suruh mengerjakan amal ibadat, hanya di bulan romadhon ini di suruh meningkatkannya segala amalan2 yang sedia ada. Romadhon adalah bulan segala ujian, bulan yang panas, bulan yang penuh dugaan. Menguji kita setakat mana kekuatan iman yang ada pada kita. ujian ini adalah untuk kita bawa ke bulan2 seterusnya.
Romadhon juga di suruh kita mengeluarkan zakat fitrah, bagi menyucikan segala cacat celanya amal ibadah kita. di samping amalan2 sunat seperti bertaraweh di malamnya. memperbanyakkan membaca al-quran, bersedekah dan sebagainya...di bulan ini jugak timbullah para dermawan2 bagaikan kulat tumbuh selepas hujan....betapa hebatnya romadhon ini...namun sejauh mana amalan2 kita itu, hanya lahir dari keikhlasan diri masing2... hanya Allah sahaja yang tahu... semoga kita di ampunkan dosa dan di terima segala amal ibadah kita itu.
Teraweh terakhir malam ini terasa amat syahdu sekali, entah mengapa, dan kenapa? mungkin terasa tidak akan bertemu kembali, atau di panjangkan nyawa ini akan bertemu kembali pada masa akan datang. Ya Allah, hanya engkau sahaja yang Maha Mengetahui perjalanan hidup hamba2 mu ini.
Berakhir lah jugak pencarian 10 malam terakhir Romadhon. ada yang berqiamullail, ada jgak yang terus beribadah sepanjang malam, bertasbih, berwirid memuji kebesaranNya, dengan pelbagai solat sunat, membaca Al-quran dan sebagai nya.... untuk mencari sesuatu yang di janjikan didalam surah al-Qodar... Ya lailatul Qodar...siapa yang bertemu dengan nya? sufi? wali? imam? ulama'? umara'? golongan marhaen? siapa? ntah lah...yang bertemu telah di tentukan.... siapa? Allahu a'lam.... dia sahaja yang menetukan siapa...yang bertamu...keuntungan dan bertuah .... hadiah yang paling istimewa....yang pasti ia sudah berakhir untuk sekian kali nya tahun ini...akan tetapi mungkin malam terakhir ini? Allahu a'lam....
Romadhon pergi, di ganti dengan syawal...Syawal menjelma tatkala mentari timbul di ufuk timur tepat 1 syawal.
Allahu akbar....

No comments: