Sunday, November 15, 2009

Khalifah Ali Karromallaahuwajhah.

Bismillahirrohmaanirrohiim.

 Salam ukhuwwah,
Alhamduliillaah, hari ini aku nak kongsi cerita sikit dgn pelayar2 blog ini, kisahnya seorang khalifah yang hidupnya penuh dengan cabaran2 dan dugaan yang luar biasa dari kecil sehinggalah beliau meninggal dunia. mari kita hayati kisahnya.

 Nama penuhnya  Ali bin Abi Tholib bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abi Manaf al-Quraisyi, Beliau adalah seorang kanak2 yang berani dan cekal. Mengikut sirahnya, Ali lah orang pertama dilahirkan di dalam ka'bah yang di saksikan oleh ayahbondanya sahaja. anak yang ke-empat dari keluraga ini.
   Ketika umur Ali 10 tahun, Rasulullah s.a.w telah menerima risalah dari Allah Ta'ala. ali dididik dan di sauh sendiri oleh baginda Rasulullah S.A.W. Ketika umur Ali menjangkau dewasa, beliau menjadi seorang anak muda yang yang cerdas pemikirannya dan tergolong dalam golongan elit Quraisy yang di segani.
  Suatu hari Ali melihat Rasulullah dan isterinya Siti Kodijah menyempurnakan solat tanpa ada sebarang objek di hadapan, beliau rasa terkejut, lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah, " Apakah jenis pemujaan yang kalian kerjakan tadi?".. tanya Ali. Lalu rasulllah menjawab dengan tenang.." wahai Ali, kami menyempurnakan solat mengikut ajaran agama yang suci dari Allah dan Allah pula melantik aku sebagai utusan-Nya." kata nabi.
   Selepas Ali mendengar ucapan, nasihat dan ajakan memeluka agama Islam dari Rasulullah dengan panjang lebar, beliau berasa amat hairan kerana sebelum ini beliau tidak pernah mendengar ayat2 yang seindah ucapan dari Baginda Rasulullah itu...lalu beliau berkata "nanti aku bincang dulu dengan ayahku,"  tetapi di halang oleh Rasulullah kerana nanti Baginda bimbang berita perutusannya itu akan menimbulkan tindak balas yang negetif. Lalu baginda mngesyorkan kepada Ali jika dia ingin memeluk islam, buat lah secara rahsia.
   Di rumah, Ali terus berfikir dan mengamati kata2 Rasulullah itu , keesokakan harinya, Ali bergegas ke rumah rasulullah, dan terus mengungkap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah. Mulai saat itu, Ali sentiasa mendampingi Rasulullah kemana Baginda pergi. Ayah Ali sendiri pun tidak melarang bahkan menyuruh anaknya itu sentiasa mengikut Rasulullah walaupun dia sendiri tidak boleh meninggalkan agama nenek moyangnya.
 Suatu hari di rumah Rasulullah, baginda menjemput semua kaum kerabat baginda yang terdekat ke rumahnya. selapas makan  baginda pun bangun dan menyeru kepada mereka supaya mengikut ajarannya, namun tidak ada seorang pun yang mahu ikut seruan baginda itu. Tiba2 Ali bangun di celah2 saudara maranya itu lalu barkata dengan kuat.." sekalipun mata aku sakit, kaki aku kurus dan seorang yang paling muda diantara kalian, aku akan sentiasa berada di samping mu ya Rasulullah,,". Semua kaum kerabatnya yang mendengar mentertawakannya.

sambung ke episod ke-2...
wallahua'alam...
 

No comments: