Saturday, January 29, 2011

Dua sidang 2011

Salam

Sk. Kebagu akan mewujudkan sekolah dua sesi bermula Februari ini bagi menampung murid2 yang tinggal di kg. numbak yang bersekolah di sk. pulau sepanggar dan sk. gintisan. Ini kerana mengikut PPD KK DR. Kasim yang datang ke Sk. kebagu awal minggu pertama persekolahan untuk memantau keadaan semasa sekolah ini, beliau berhasrat untuk membuka dua sesi bagi mengelak sebahagian murid2 yang tinggal di Kg. Numbak menaiki Bot ke sekolah lama mereka. Alasan beliau ialahsetiap hari murid2 ini berhadapan dengan bahaya ketika hujan lebat dan ribut petir. mereka tidak dapat hadir ke sekolah dengan sempurna.
 alam perbincanangan tertutup bersama PK1 sk. kebagu tempoh hari, mana2 sekolah  di sekitar KK yang lebihan guru akan di pindahkan ke Sk. Kebagu bagi menampung kekurangan guru yang sedia ada  di sini. beliau akan mengeluarkan satu surat rasmi kepada guru2 yang terpilih untuk mengarahkan mereka berpindah ke sekolah ini.
 Dalam perancangan awal, sesi dua sidang ini (pagi/petang) akan bermula selewat2nya Februari ini. Pihak sekolah sudah membuat surat rasmi bagi menyatakan akan wujudnya sekolah dua sesi kelak. guru2 yang sedia ada telah di bahagikan kepada dua. sebahagian ke sesi pagi, sebahagian lagi ke sesi petang. Pihak sekolah juga telah menyediakan jadual waktu untuk dua sesi tersebut sementara guru2 yang akan dipindah kan ke sini akan sampai. Namun bunyi2 bisikan lembut di kalangan sebahagian guru2 di sini tidak bersetuju diadakan dua sesi. namun mereka terpaksa akur kerana ini arahan dari pihak atasan.
 namun sehingga hari ini, belum ada surat Rasmi dari jabatan yang mengesahkan bahawa sesi dua sidang itu  betul2 akan dilaksanakan .
 Apa pn bagi penulis, terima seadanya... dan penulis sendiri akan mengajar dalam sesi petang mengikut pembahagian yang telah di tetapkan oleh pihak sekolah. Walaupun keadaan sekolah yang sangat dhoif, tanpa ada kantin, tandas murid dan kemudahan yang sempurna, namun untuk meneruskan tugas2 yang di amanahkan, semua guru akur engan keputusan tersebut. Dalam hal ini, ada betulnya jugak murid2 bakal di masukkan ke sini nanti setiap ahri berhadapan dengan bahaya, nyawa terancam dengan keadaan di laut yang tidak menentu. Ini boleh menyebabkan terbantutnya pembelajaran mereka setiap hari.
Pihak sekolah sedang menanti arahan rasmi dari pihak jabatan untuk melaksanakan sekolah dua sesi ((pagi/petang).
sekian terima kasih.


Menunggu dengan penuh semangat untuk mendidik anak bangsa.

No comments: