Saturday, January 29, 2011

Bola tampar Zon Menggatal 2011

Salam,
 Baru2 nie pada tanggal 25/01/2011 bersamaan hari selasa, Pihak PPD telah menganjurkan sukan bola Tampar Peringkat Zon Menggatal. . Sk. Tobobon di lantik sebagai tuan rumah  kali ini. pertandingan berlangsung di gelanggang Yayasan Sabah. 2 gelanggang telah di sewa khas oleh pihak penganjur untuk kejohanan kali ini.  Sebanyak 11 buah sekolah dlam Zon menggatal telah mengambil bahagian. Namun ada beberapa sekolah yang tidak menghantar pasukan masing2 diatas sebab2 tertentu.  Setiap Pasukan di kenakan yuran sebanyak Rm25. Sk. kebagu telah menghantar satu pasukan lelaki sahaja. seramai 12 orang murid bagi  setiap pasukan yang di hantar.
Oleh kerana kurang pengalaman dan masa latihan yang amat singgkat, pemain2 tidak dapat bermain dengan sempurna. Sk. Kebagu berjaya mengalahkan pasukan dri sk. gintisan dlm perlawanan pertama, namun kemenagan tipis itu telah membawa satu momentum yang agak menurun apabila sk. kebagu berhadapan pula dengan Sk. Gudon dan mengalami kekalahan bergaya. 
  Keputusan dalam perlawanan tersebut telah membawa pemain2 sk. kebagu pulang lebih awal, ini kerana pengiraan pertama, mereka layak kepusingan suku akhir mengatasi sk. gudon, namun atas kesilapan teknikal dari pihak pengelola, sk. kebagu akhirnya tersingkir jugak dalam kejohanan kali ini. 

Insyaallah, pada tahun hadapan, kita akan pertingkatkan lagi mutu permainan dan adakan latihan lebih awal supaya peserta btul2 mahir dalam permanan bola tampar ini.

untuk jurulatih pasukan, diucapkan tahniah kerana bertukus lumus melatih pemain ini wlaupun dalam masa yang singkat, kpd guru sukan 2011, juga di ucaapkan tahniah kerana mengurus pasukan dengan baik. 
dan yang terakhir tahniah kepada pemain2 yang mewakili sk. Kebagu , kamu the best. 

 







No comments: