Friday, January 14, 2011

hari terakhir GB Puan NorHamidah Di Sk. kebagu 2011

Tanggal 07/01/2011, satu majlis ringkas diadakan untuk semua staff sk. kebagu untuk mendengar amanat terakhir dari Guru besar Puan NurHamidah Abdullah. Beliau telah berpindah dari sekolah ini ke sekolah yang baru di daerah papar. Beliau sempat berkhidmat di sekolah ini  selama 2 tahun iaitu dari tahun 2009 hingga 2010. Beliau tinggal di kg. Kawang di daerah Papar dengan jarak lebih kurang 40KM dari sekolah ini. setiap hari beliau di hantar dan diambil oleh suaminya yang tercinta. 
Sepanjang tempoh 2 tahun itu, banyak perubahan yang di bawa oleh beliau bagi menaik taraf sekolah tersebut dari pelbagai sedut. dalam kesibukan beliau mentadbir sekolah yang dalam keadaan serba dhoif ini, sempat beliau meneruskan pengajian peringkat ijazah di sebuah IPTA yang berdekatan.
Perkara yang paling beliau tekankan sepanjang pentadbiran nya  ialah dari sudut P&P. penekanan di berikan kerana sekolah ini pernah mengalami kemerosotan peratus pretasi sekolah terutama UPSR. Oleh kerana kegigihan dan suntikan semangat dari beliau, guru2 yang sememangnya sentiasa berkerja dalam keadaan semangat juang yang tinggi bagi membangunkan anak bangsa dalam pendidikan, satu lonjakan paradigma telah berlaku akhir2 ini apabila peratusan prestasi sekolah naik dengan mendadak. 
Dalam majlis yg serba ringkas ini, beliau masih lagi memberi beberapa idea dan nasihat kepada semuaa staff yang hadir. Beliau juga memuji semua guru2 yang berkerja keras sepanjang berada di bawah pentadbiran beliau sehingga menaikkan nama baik sekolah  ke peringkat PPD Kota Kinabalu.
 (Yang paling mahal pada Guru  Besar ini ialah , beliau senantiasa senyumdan peramah.)
Kami warga Sk. Kebagu mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Guru besar di sepanjang beliau mentadbir di sekolah ini. terima kasih cikgu. Jasa Mu kami sentiasa akan kenang. Jasa Mu amat bernilai bagi kami warga Sk. kebagu.
Akhir kata, semoga Puan lebih succes di tempat kerja puan yang baru.
(Yang pergi sentiasadi kenang, yang datang akan di raie)

No comments: