Friday, January 14, 2011

Hari kesihatan kebagu -numbak

Salam dan selamat pagi, 1.30am la nie, bersamaan 15 JAN 2011 hari sabtu nak selit sikit berita tentang satu program yg di anjurkan oleh Klinik Kesihatan Menggatal. Bertemakan Hari kesihatan Kg. Kebagu - Numbak. Sk. kebagu sebagai tuan rumah bagi menjayakan program ni. satu mesyuarat telah di adakan seminggu sebelum tarikh program tersebut. Program ini berjaya dilangsungkan pada tetapan berikut:

18/12/2010.
SABTU.
7.30am hingga 2.00pm.
Sk. Kebagu Menggatal.
Program ini diadakan bagi tujuan untuk menerangkan kepada penduduk2 di kedua2 KG ini betapa pentingnya menjaga kesihat diri, keluarga dan kg halaman...

Orang ramai dari ke dua2 kg tersebut datang bagi menjayakan hari kesihatan tersebut. bermacam2 pengisian telah di sediakan seperti:
kaunter cek darah
kaunter derma darah
pertandingan masak bagi kaum ibu

 3 buah khemah telah didirikan di tepi pagar sekolah untuk acara perasmian hari tersebut. program ini telah di rasmikan oleh YB jenab (ADUN KARAMBUNAI).
 Program pada hari tersebut sgt meriah dengan ucapan yg di berikan oleh YB yg penuh semangat. Beliau dgn lantang berucap memberi nasihat dan kesedaran kepada semua yang hadir tentang kesihatan yg perlu di jaga, di kawal dan di elak. Semua hadirin bertepuk tangan tanda gembira kerana wakil rakyat mereka sentiasa  mengambil berat tentang kehidupan mereka di kg.
 Bah, yang paling seronok bagi anak2 muda di kg tersebut ialah apabila sekuat penyayang dari putri umno muncul dlm program tersebut, mereka berteriakan sambil siulan nakal....
 Antara agensi2 kerajaan yg turut serta ialah pasukan Polis Di raja Malaysia, JKR, Jabatan Perdana Menteri.
Di bawah ini beberapa keping gambar yg sempat di ambil pada program hari kesihatan tersebut:























No comments: