Wednesday, January 2, 2013

Salam dan salam sejahtera... Hari ini adalah hari pertama persekolahan Sk. Kebagu menggatl bagi sesi 2013. Pada hari ini jugak, sk. Kebagu telah mengadakan minggu transisi untuk murid tahun satu 2013 yang mula jejaki kaki mereka ke sekolah ini. Minggu transisi ini bermula hari ini 02 JAN 2013 sehingga 18 JAN 2013. Gambar-gambar di bawah ini antara gambar suasana hari pertama minggu transisi bagi tahun 2013. Minggu transisi ini diadakan bagi tujuan untuk memperkenalkan murid-murid dengan suasana sekolah, mengenali guru-guru, persekitaran sekolah, dalam kelas, luar kelas, rakan-rakan sekelas dan sebagainya. Minggu Transisi ini dirasmikan oleh Guru Besar sendiri iaitu Cikgu Sani Brandi. Dalam majlis pada hari ini jugak, di berikan sedikit taklimat tentang program J-QAF, pusat sumber sekolah untuk penngtahuan awal murid-murid dan ibu bapa.

No comments: