Tuesday, March 5, 2013

السلام  عليكم

Allhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah Taala kerana memberi kita sedikit Ni'mat untuk terus hidup di bumi Nya ini. 
 Di dalam kekalutan Peristiwa berdarah di Lahad Datu Nun jauh ratusan batu di sana, yang mana tika ini pihak anggota keselamatan Kita sedang berjuang mempertahankan Negara kita yang tercinta ini, mari lah sama2 kita berdoa kepada Ilahi memohon keampunan, keselamatan, jauhkan dari bahaya, keluh kesah, dan sebagainya menimpa ke atas kita.
 Walaupun kita di sini jauh dari tempat kejadian, namun kita diingatkan sentiasa berhati hati dan berwaspada. Pihak keselamatan kita di sini memberi jaminan bahawa kawasan kita masih selamat terutama di bahagian Kota Kinabalu am nya, dan kawasan Kg kebagu khusus nya. 
 Kami warga sk.Kebagu yang berada di sekitar persisiran pantai agak risau pada mulanya dengan apa yang sedang berlaku tika ini. ini disebabkan oleh kawasan kami agak terdedah dengan suasana yang agak tidak selamat. Pelbagai mesej yang kami terima dari orang luar yang bermacam macam versi yang menakut nakutkan kami di sini, wal hal perkara yang di kirimkan itu tidak pernah berlaku setakat ini, di waktu ini... 
 Mungkin saja Niat mereka baik untuk mengingatkan kami di sini, akan tetapi biarlah sesuatu perkara yang hendak di sampaikan itu benar. Bukan bermakna kami di ada perasaan takut sedikit pun, cuma jagnalah sebarkan perkara perkara yang tidak benar. 
 Agak terganggu segala urusan kami di sini dengan khabaran berita yang angin angin sahaja, sehinggakan ada di kalangan kami warga sk. kebagu dalam keadaan ketakutan sehingga tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. 
 Kepada rakan2 warga sk. kebagu, marilah kita sama2 berdoa semoga kita semua, anak2 didik kita, orang2 Kg kita di sini semua nya selamat dari sebarang ancaman atau gangguan. Tolong jangan percaya 100% dengan berita yang di terima dari orang luar. Pastikan berita yang kita terima di siasat dahulu hjung pangkalnya. buat rujukan terutama kepada pihak yang berkenaan, iaitu pihak pentadbir sekolah, pihak berkuasa termasuklah Polis. 
 Kita wajib teruskan berkhidmat sebagai warga pendidik di sini selagi tidak mendapat sebarang arahan  berhenti dari pihak berkuasa termasuk pihak pentadbir sekolah. (kecuali kes2 tertentu).

 ayoh sahabat2 ku. 

berkhidmat untuk negara.
  

No comments: